Monday, March 22, 2010
Wednesday, March 10, 2010
teater MEMBURU BULAN SABIT
Semasa dipentaskan dan saterusnya satelah di terbitkan di TV dan Filem kedua naskah teater ini telah mendapat perhatian umum dan ulasan-ulasan akhbar nasional. Secara langsung melonjak nama Adly Azamin dan Dzulkifli Ismail diarena penulisan tanah air. Naskah MEMBURU BULAN SABIT telah dipublish oleh Pustaka Pendidikan Kluang dalam tahun 1970.
Lebih 4 dekad telah berlalu. Sebagai penulis kerdil saya telah lama anggap naskah teater tersebut telah lama dilupakan.
IT teknologi komunikasi digital mellinium baru membolehkan kita membuat pencarian. Itu yang saya lakukan. Pagi ini, ketika jari jemari gatal melayari web-mail, kelengsungannya mempertemukan saya ehwal naskah teater MEMBURU BULAN SABIT. Saya kaget dan sangat teruja. Antara naskah manuskrip pelbagai genre penulisan kreatif saya selama ini, naskah MEMBURU BULAN SABIT, telah secara langsung melonjakkan nama saya sebagai karyawan prolofik tanah air waktu itu, membuka ruang untuk saya memajukan kerjaya dari saorang pendidik dan penulis terus menapak sebagai karyawan radio, television dan filem hingga ke hari ini. Walaupun kini umor dah meningkat 70 tahun - saya masih aktif menghasilkan karya dalam genre sajak, cerpen, teleplay/screenplay, dan novel - kebanyakkannya tersimpan sebagai khazanah peribadi. Masih tercari-cari penerbit yang sanggup menilai dan menerbitkan, jika bersesuaian.
Pagi ini penemuaa baru saya melalui web-mail ruang Klinik Kesusasteraan - Pepereksaan SPM 2009 blogposting: cikgufizzsmart mengajukan beberapa soalan fokas Kesusteraan Melayu dari naskah teater MEMBURU BULAN SABIT menjadikan saya, rasa sangat teruja. Salepas 4 dekad naskah tersebut masih dijadikan bahan penyelidikan dan rujukan pelajar kesusasteraan yang menduduki Pepereksaan SPM.
Sasterawan kah saya ini?
Salam hormat.
Saturday, March 6, 2010
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)