Thursday, July 25, 2013

BELASUNGKAWA


                                                  Perginya Saorang Seri Panggung -
DATIN HAJJAH UMI KALTHUM - 

Subuh 15 Ramadhan 1434H bersamaan 24 Julai 2013  kira-kira jam 4.00 Datin Hajjah Umi Kalthum telah kembali kerahmatullah dalam tidurnya dik kediaman anak sulung Allahyarham di Taman Ukey Prima, Ulu Kelang. Alfatihah, samoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang beriman. Ameen!!! 
Saya mengenali Allahyarham dan suami semasa bertugas sebagai Penerbit Drama TV-RTM, saterusnya sebagai Ketua Perkhidmatan Drama RTM. Saya dan isteri saya akrab dengan Allahyarham. Kami anggap beliau lebih dari saorang kakak, kerana perawakan dan keselesaan Allahyarham memanggil dirinya Kak Umi....walaupun kemundian beliau bergelar Datin Umi Khalthum
Allahyarham saorang primadona yang mempunyai nilai keseminan yang berkrisma. Orangnya peramah dan patuh menurut perintah. Paling senang mengarahkan beliau dalam apa saja situasi lakunan filem atau tv yang pernah saya arah dan terbitkan. Antaranya Telemovise SELASIHKU SAYANG, TERBANG BANGAU, ATAP GENTING ATAP REMBIA dan filem cereka DAYANG SUHANA terbitan bersama RTM dan FNM. Allahyarham kembali kerahmatullah ketika berumor 80 tahun. Allahyarham saorang bintang ternama Kathay Kris Film Production di Singapura sejak tahun 1959 antara filem-filem yang tershoror beliau lakunkan: BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, LAILA MAJNUN, PONTIANAK GUA MUSANG, BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG, SUMPAH MAHSURI dan beberapa filem terbitan syarikat-syarikat filem di K.LUmpur. Allahyarham mendapat jolokan antara bangsa oleh Majallah LIFE sebagai 'Most Beautiful Malay Woman in Singapore and Malaya' dan 'Most Beautiful Asian Woman' oleh sabuah Majallah Antarabangsa terbitan Australia. Allahyarham juga diberikan pengiktirafan yang sama oleh Majallah VOUGE. Allahyarham telah memenangi pelbagai penghargaan kerana pengilabatannya dalam dunia filem dan television. Antaranya PELAKUN TERBAIK ANUGERAH SERI ANGKASA RTM 1978, ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2006, dan LIFETIME ACHIEMENT AWARD dan beberapa penghormatan lagi

Tuesday, December 18, 2012

Hadiah RTM Untuk Orang Kurang Upaya

3 hb Disember 1994 telah di istiharkan Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan oleh Kerajaan bagi memenohi rseolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah mengistiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.
3hb.Disember 2012 tahun ini berupa sambutan yang ke-18. Munkin kita sebagai orang awam terlepas pandang pada sambutan ini, walaupun Kerajaan tetap merayakan hari tersebut sebagai memperakukan kepentingan kebajikan OKU keseluruhannya. Tema perayaan tahun ini " Removing Barriers To Create an Inclusive Assessible Society for All." Itu yang tertulis pada banting sempena sambutan perayaan tahun ini yang dikibarkan disekitar bandaraya, dan bandar-bandar besar di seluruh tanah air.

Tarikh 3hb.Disember 1994 juga berupa tarikh Berita Perdana TV/RTM memulakan penyampaian berita perdananya diperlengkap dengan penampilan Bahasa Isyarat. Waktu itu saya menjawat jawatan Pengarah TV/RTM. Pejabat kami berkerja rapat dengan agensi-ajensi yang berkenaan untuk melancarkan projek tersebut - bermula dengan percubaan untuk 1 bulan, dan kiranya mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada masyarakat gulungan yang kurang upaya pendengaran, projek ini akan diteruskan sebagai memenohi 'tanggongjawab sosial' Jabatan Penyiaran kepada masyarakat gulungan ini.

Alhamdullillah sedar-sedar sudah 18 tahun penonton Berita Perdana RTM berdepanan dengan wujudnya satu jendela khas di ruang kiri sabelah bawah mengutarakan penyampai berita dengan menggunakan bahasa isyarat di siarkan selari dengan penyampaian berita keseluruhannya.


Saturday, December 15, 2012

Penyengat Island - Riau : The seat of the powerful Bugis descended viceroys of Riau during the 18th century

Penyengat Island - Riau : The seat of the powerful Bugis descended viceroys of Riau during the 18th century

YB SI LIBANG LIBU

Suatu masa dahulu ia menguasai kawasan belukar dikaki bukit mercutanda bagi pelancung yang datang berkampung. Ia dan pengikut-pengikutnya hidup mewah dan selesa. Ia celebriti, menguasai daerah itu. Kuasanya mengawal dan menentukan hasil dari belukar, juga yag dihulurkan pelancung diagih seadanya - wajar diuruskan olehnya. Keterampilan, kepopularan dan ketangkasannya mengawasi suasana, menjadikan ia pujaan ramai - teruatama gulungan wanita. Ia tersohor kerana mempunyai 'hareem' yang terbesar di sekitar belukar itu.
Kini segalanya dah bertukar. Kediwasaan anak biak mencabar kedudukannya. Ia menjadi kera sumbang, tua, tidak berdaya dan telah hilang kuasa. Dijatuhkan dalam satu pengundian umum. "Hareem" nya juga teah meninggalkan dia diatas tunggul itu, merindui zaman gemilangnya yang sudah berlalu.
Ia dah jadi Kera Sumbang. Tiada pengaruh, tiada teman dan tiada penyokong - walaupun di hati kecilnya ia mau kembali kezaman pepularnya saperti dahulu, melalui kuasa PRU - jadi calun yang serba laku............ Ia kini 'libang libu' menunggu sebarang pencalunan dan sokongan padu dari pengikut-pengikutnya dahulu.

Wednesday, November 28, 2012

RINDU SI PUNGGUK

i. 
di ranting rapuh itu
Si Pungguk setia menunggu
pada keyakinan diri
RangBulan [asti menjelma

'mendehuut' ia
sayu dan sayup
mendendang lagu rindu
pada kecintaan yang syahdu.

ii.
tau tau sedar Si Pungguk
Dewi Malam di sambah gerhana
sengaja dan bersahaja
hembusan sangkakala
memudar cahaya samesta
di langit biru itu
dalam sendu cekrawala membisu.

Atau
adakah itu cuma
metafora yang dangkal 
erti diri milik sesiapa
pada mentafsir kitaran maya
pada pertanda kebesaran Nya.

iii.
pun Si Pungguk tetap di situ
menunggu di ranting rapuh itu
pada awal bicara
permahkotaan samula
Sangg DewiMalam
bagi menerangi alam samesta.

dan di dahan rapuh itu
saperti selalu
ia syahdu menerima keredaan Nya.

ADLY AZAMIN
Kelana Jaya
12 Muharram 1434H